Rabu, 23 Februari 2011

Kyubi





Makhluk Berekor Sembilan
Kyubi Berekor Sembilan (九尾の妖狐,, Kyūbi no Yōko?)
Fail:Naruto Part II.jpg
Naruto Uzumaki

Kyubi Berekor Sembilan (九尾の妖狐,, Kyūbi no Yōko?) merupakan makhluk berekor yang paling berkuasa di antara sembilan makhluk berekor yang lain; hanya dengan satu hayunan daripada salah satu ekornya akan mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Apabila "Kyubi" menyerang Konoha, Minato Namikaze telah mengorbankan nyawanya dengan "memeterai" kuasa Kyubi ke dalam tubuh anaknya yang baru dilahirkan, Naruto Uzumaki.


* Nama : Kyubi Berekor Sembilan (九尾の妖狐,, Kyūbi no Yōko?) [13] [14] [15]
* Nama Lain : Shukaku Negara Pasir (砂の守鶴,, Suna no Shukaku?), Penjelmaan Semula Pasir (砂の化身,, Suna no Keshin?)
* Debut (Manga) : Naruto, Bab 1
* Debut (Anime) : Naruto, Episod 1
* Muncul dalam : Anime, Manga, Filem dan permainan video
* Seiyū (Jepun) : Tesshō Genda
* Spesis : Kitsune
* Jinchūriki : Naruto Uzumaki (bentuk)
* Klasifikasi : Makhluk Berekor
* Pertubuhan : Konohagakure
* Kebolehan Unik : Bekalan chakura yang banyak, Kekuatan yang tidak terhad
* Jutsu : Kyubi Berekor Empat: Peluru Chakura Berkepadatan Tinggi, Kyubi Berekor Enam: Peluru Chakura Berkepadatan Tinggi, Kyubi Berekor Empat: Gemaan Sonik, Lengan Chakura Merah
* Status: Aktif


[sunting] Latarbelakang
Fail:Hashirama vs Madara.png
Pertempuran antara Madara Uchiha dan Harashima Senju

Menurut Madara Uchiha, di penghujung kehidupan Pendeta Enam Haluan, dia telah membahagi-bahagikan chakura milik Makhluk Berekor Sepuluh kepada sembilan raksasa yang diperbuat daripada gumpalan awan chakura besar yang kemudiannya dikenali sebagai "Makhluk Berekor"[16].

Setelah berkurun, Kyubi telah mendapat reputasi sebagai suatu bentuk bencana semulajadi, muncul secara rawak untuk menyerang manusia di mana terkumpulnya "sumber kejahatan" manusia [17]. Beberapa puluh tahun kebelakangan, apabila Madara Uchiha keluar daripada Konoha, dia telah menggunakan Mangekyō Sharingan miliknya untuk mengawal Kyubi dan menggunakan "ia" sebagai senjata untuk bertempur dengan Harashima Senju yang juga merupakan Hokage Pertama kampung Konoha, demi membalas dendam. Pertempuran tersebut dikhabar sangat dahsyat sehinggakan bumi terbelah dan terciptanya Lembah Penamat. Walaupun berjaya mengawal dan menggunakan Kyubi, namun Madara tetap ditewaskan dan telah dianggap "sudah mati" oleh semua orang[18].

Dua belas tahun sebelum bermulanya siri ini, Kyubi telah menyerang Konoha. Walaupun Madara telah menafikan penglibatannya dalam menyeru Kyubi keluar dan menyatakan bahawa ianya hanyalah disebabkan faktor semulajadi. Bagaimana pun, ianya telah dibuktikan salah apabila Itachi Uchiha dan Minato Namikaze menyatakan bahawa Madara adalah dalang sebenar dalam serangan terbabit[19] [20] [21]. Ketika serangan tersebut, Kyubi telah membunuh ramai ninja-ninja Konoha yang cuba menghalangnya. Minato kemudiannya menaiki Gamabunta lalu mengenakan jutsu kurungan ke atas Kyubi, lalu menyimpan kuasa Kyubi tersebut ek dalam tubuh Naruto yang baru dilahirkan.

Di dalam siri anime, telah didedahkan bahawa Kyubi telah melepaskan sejumlah besar chakura ketika serangan tersebut. Kazuma telah mengumpulkan chakura tersebut dan telah memasukkan chakura tersebut ke dalam tubuh anaknya, Sora dengan tujuan mahu mempergunakan kuasa tersebut untuk agendanya sendiri.

0 komentar:

Posting Komentar

kesembilan ekor bijuu © 2008 Template by:
SkinCorner